Tuesday, 9 June 2009

Harga Sebuah Persaingan


Orang selalu cakap orang melayu bila bisnes susah sket nak berjaya. Mana taknya, kalau orang jual nasi lemak, dia pun jual nasi lemak, mesti dibomohnya kedai satu lagi yang lebih berjaya tu sampai muntah darah lalu melingkuplah kedai satu lagi. Tinggallah kedai dia yang tak berapa nak sedap tu. Lama-lama pelanggan terpaksa berpuas hati dengan apa yang ada. Makin pupus orang datang makan kat area tersebut. Lalu pupus la satu kawasan perniagaan.

.. Itu cerita dulu..


Semangat untuk bersaing memang bagus dalam apa jua hal, tetapi arah yang disaingkan perlu tepat untuk menjana sesuatu yang memberi impak lebih besar dalam skop yang lebih luas.


..2009..

Di desa kecil bernama DesaKolompo. Katela ada kedai A, B, C, D, E, F. Kita tak tau kedai mana paling sedap. A supply nasi lemak untuk golongan diraja. B, C, punya nasi lemak selalu dilanggani celebrity. D punya tak berapa sedap tapi ada jugak Celebrity makan kat situ. E paling sedap, tapi ceruk sikit kedai dia. F kedai baru yang memang ada talent buat resipi nasi lemak sedap.

Sebab taknak bisnes diorang tergugat, B, C ngan D ni pakat nak buat satu persatuan. NasiLemakKauche untuk melambangkan keelitan. Padahal D ni menumpang populariti dan keelitan B dan C je. Untuk menambahkan rencah lagi, diorang ajak A join.

A yang pada mulanya join, keluar sebab fedup ngan kerapuhan polisi. las2 A gaduh ngan NasiLemakKauche. Yang bodohnya, dihebohkan satu pelosok dunia dan berlaku la salah menyalah. kononnya tindakkan perlu dijelaskan, maruah perlu dipertahankan....

Ada beberapa persoalan di sini:
1. Apa pandangan anda mengenai persatuan elit NasiLemakKauche ?

2. Apa akan berlaku kepada industri nasi lemak di DesaKolompo yang kecik ni?

3. Bagaimanakah persatuan elit ni membantu kedai E dan F?

4. Kalau anda menjadi E dan F, apakah persaan anda kepada persatuan ini?

5. Bolehkah D memperbaiki mutu nasi lemaknya yang konon elit itu?

6. Bolehkah mereka ramai2 ni bersaing dengan orang2 ini

... Life got ups and downs .. don't go and kill somebody else, eventually you will be revenged one day...

1 comments:

dialicious said...

ala..nak komen tp dh lupa persoalan tersebut td..
1.)Nlemakkauche menaikkan martabat n.lemak menjadi lebih ekslusif.Yg E&F td kalo x layak sila backoff dulu..improve n struggle utk sama taraf dgn yg lain2.baru aci!rules cant be broken if u wanna stay there.