Saturday, 14 March 2009

Perarakan, Perdebatan dan Kekeliruan

Dalam situasi yang mana kita perlu membuat reformasi, anjakan paradigma yang utuh perlu untuk menyokong transformasi. Masalah timbul apabila: 1) Ruang masa antara lulusan sekolah dan zaman bermula menara gading. 2) Mencapai satu tahap di mana teknologis tempatan tidak menguasai bidang tersebut. Sebagai contoh, dalam teknologi penggambaran, ayat ini: "The lens aperture controls how much light per unit time reaches the film/sensor." akan berbunyi "kanta alat penapis keamatan cahaya mengawal berapa banyak cahaya bagi setiap unit masa untuk sampai ke filem/ pengesan". dan akan meng"evolve" menjadi "lensa aperture mengawal jumlah cahaya per unit masa untuk tiba ke filem/ sensor". 3) Proses penterjemahan yang mahal, lama dan kemungkinan kurang tepat. contohnya: (ambil dari wikipedia) > Momen Inersia I \, atau  J \,, juga dikenali sebagai jisim sudut ialah keupayaan sesuatu objek menentang Pecutan sudutnya, dalam erti kata lain, analog putaran bagi jisim. Ia adalah kuantiti skalar.

Momen inersia memainkan peranan yang sama dalam dinamik putaran memandangkan jisim memainkan peranan dana dinamik asas, menentukan hubungan antara momentum sudut dan halaju suduttork dan pecutan sudut, dan beberapa kuantiti lain.< faham ke? adakah orang yang dikatakan kampung dan tidak boleh bertutur b inggeris juga boleh faham istilah-istilah tersebut.

Hairan apabila sesetengah orang membandingkan perbahasaan. "We heard and know about "Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab" but why we can't have "Bahasa Malaysia"?

Tahukah anda bahawa kebanyakan bahasa ini bercambah dari satu akar bahasa dipanggil indo-european? dan nasionalismalah yang berjaya mencarik-carikkan kebersatuan bangsa atau agama demi untuk menjulang seberapa ramai penguasa dan jajahan takluk.

Hakikat pahit yang terpaksa ditelan ialah kita ketinggalan jauh kebelakang dan tidak mahu jadi bangsa tertindas. Lantas, harus pelajari dengan bahasa mereka, cara mereka tapi bukan hidup berbudaya atau agama mereka. Itu teras keutuhan kita. Ini kalau cakap Melayu bersastera, tapi kalau malam minggu terkinja-kinja, lupakanlah usaha atau perjuangan kau tu.

Tidak hilang kemelayuan seseorang itu selagi (Perlembagaan Perkara 160(2)):

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Tak kan hilang kalau jadi pandai bahasa inggeris. Takkan hilang melayu kalau maju. Susah dan stress sedikit, sabarlah, kerana ini perjuangan bangsa sebenar yang tidak mahu dibelakangi atau ditindas. Bukan setakat jaguh berkokok di reban sendiri.

0 comments: